Say it right

Teringat saya sepotong hadis riwayat dari Abu Hurairah,

‘Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau lebih baik baginya diam’   (Sahih Bukhari)

Remember, the way you say something is more important that what you say.

Posted in Akhlak | Leave a comment

Shafiq Zuki

Malam semalam, Shafiq Confident sahabat baik saya datang bermalam di rumah saya. Lama saya tidak berjumpa dengannya, walaupun dia tinggal tidak jauh, di Heriot Watt. Macam-macam buah tangan dia bawak mai; nasi briyani Kebab Mahal, lamb curry, buah anggur and plum. Walaupun saya sudah makan malam sebelumnya, tapi apakan daya. Siapa boleh tahan tengok briyani Kebab Mahal? Hehe

Banyak yang kami borakkan, sementara menunggu hendak berjemaah Subuh di Central Mosque pada jam 1.30 pagi. Ye, subuh 1.30 pagi. Sekarang sudah hampir masuk musim panas, siangnya panjang sekali. Maghrib pula jam 9.00 pm. Keluar sahaja dari rumah, baru kami perasan hujan agak lebat di luar. Terus saja kami redah, basah kuyup dibuatnya haha

Bersama Shafiq Confident yang belajar di Heriot Watt University

Selesai solat, balik dan terus sahaja tidur. Malam semalam agak panas, meskipun hujan di luar. 

Alhamdulillah buku yang saya tempah di Amazon sudah tiba pagi tadi. The Great War for Civilisation, by Robert Fisk. Tak sabar nak habiskan baca selepas exam!

Magnum opus from Robert Fisk

 

 

Posted in Uncategorized | Leave a comment

If you feel tired…

‘If you feel tired, read al Quran, even just for a few verses’

Thanks for your kind advice Brother Syami al Saudi. Really appreciate it.

p/s – met with him after Isya prayer at Edinburgh Central Mosque, 10.40pm, 6 May 2011

Posted in Akhlak | Leave a comment

Home is whenever I’m with you

Let me come Home
Home is whenever I’m with you
Ahh, Home
Let me come Home
Home is when I’m alone with you

Title : Home

Artist: Edward Sharpe & The Magnetic Zeros

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Principle of Belief

Pekakkan telingamu untuk berjaya.

Terbayang di fikiran saya sirah ar Rasul ketika mula membawa Islam di tengah-tengah kejahilan si Arab Jahiliyah.

Tidak sedikit yang ketawa, ramai yang menentang, hanya sebilangan kecil yang percaya. Beruntunglah mereka yang percaya.

On the authority of Abu Hurayrah, that the Prophet (peace be upon him) said:

“Islam began as something strange, and it shall return to being something strange, so give glad tidings to the strangers.”

“Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”  

(Muslim)

Posted in Akhlak | Leave a comment

The Unexpected Khatib: A Lesson of Tawakkal

Khamis, 18 Mac 2011

‘Salam, how are you bro Mujahid? I’m really sorry, I cannot give the khutbah tomorrow. I’ve got some work to do’.

Gelabah saya membaca text dari Bro Mukhtiar pada tengahari Khamis itu. Bro Mukhtiar ni sering menyampaikan khutbah Jumaat di Kings’ Buildings, tempat saya menuntut ilmu.

Orangnya sangat berhati mulia, berasal dari Pakistan. He is doing PhD in Islamic Studies. Jika saya tidak salah, PhD dalam ilmu Tafsir Quran. Malah, dalam siri khutbahnya di KB, beliau sering menghuraikan tafsir Quran. Masih teringat saya keindahan tafsir Surah al Hujurat yang disampaikannya.

Memang menjadi tugas saya sebagai KB Officer untuk memastikan Solat Jumaat berjalan lancar. Saya perlu mencari khatib dan menghantar Friday prayer reminder ke mailing list Muslim students di KB.

Langsung saya menulis email, bertanyakan sesiapa yang sudi volunteer untuk mengambil tugas Bro Mukhtiar pada esok hari. Saya hanya berdoa dengan seribu harapan, hoping somebody would reply my email. Saya tahu, peluang agak tipis sebab agak last minute, but why not? No harm trying anyway. Saya hanya mampu bertawakkal kepada Allah.

Kemudian, saya hantar pesanan SMS kepada beberapa brothers yang saya kenali, bertanyakan hal yang sama. Adus, negatif jawapan kesemuanya. Saya agak hampa, namun saya faham dengan keadaan mereka yang masing-masing busy dengan urusan universiti. Tambahan pula terlalu short notice permintaan saya.

Sebenarnya, jika saya tidak ke Essex untuk Spring Camp pada keesokan harinya, inshaallah saya tidak keberatan untuk menggantikan Bro Mukhtiar. Alhamdulillah, sebelum ini sudah 3 kali saya berkhutbah di KB. Mula-mula tu memang agak terabur dan cuak, tapi Alhamdulillah Allah tolong dan permudahkan.

Tidak putus asa, saya hantar personal email memohon pertolongan dari brothers yang pernah sekali dua menyampaikan khutbah di KB, lantaran saya tidak memiliki nombor mobile mereka. Tiga emel saya hantar, namun satu pun tidak berbalas.  Mati akal saya dibuatnya.

Ya Allah, rabbi yassir wala tu’assir. Kau permudahkan ya Allah urusan hambaMu yang lemah ini..

Jumaat, 18 Mac 2011.

Inbox Yahoomail. Kosong. Tiada reply yang saya harap-harapkan. Gundah-gulana hati saya. Otak saya terus risau memikirkan siapa yang dapat membantu. Saya akan ke Essex jam 12 tengahari ni. Sekarang sudah jam 11 pagi. Ya Allah, apa patutku buat?

‘I’m terribly sorry but there will be no Friday prayer today in KB. I hope all of you could perform your prayer at the Central Mosque’

Itu pilihan terakhir saya. Hantar pesanan tersebut kepada para jemaah di KB. Biasanya ada lebih kurang 15-20 orang jemaah di KB. Ertinya, mereka perlu naiki bas atau berjalan kaki 30 min ke central area untuk solat jumaat. Lebih baik jika saya maklumkan saja kepada mereka daripada mereka duduk tercongok menunggu si khatib yang memang tiada. Unless one of them willingly to stand up and give the sermon. Saya masih berkira-kira sama ada hendak menekan butang ‘send’ atau tidak.

Trutt..trutt

Handphone saya berbunyi. Brother Syami Saudi.

Ya Allah, langsung tidak terlintas di hati saya sebelum ini untuk memohon pertolongannya. Bro Syami ni sering juga menjadi khatib ketika saya first year dulu. Saya agak rapat dengannya, malah pernah sekali dia bertandang ke rumah saya.

‘Assalamualaikum Bro Mujahid, how are you? Will there be Jumuah prayer today in KB?’

‘Waalaikumussalam. Alhamdulillah ana bi khair. Well, I wish we could, but I still could not find someone to give the khutbah’’

………..

‘Em, it is alright. I will do it inshaallah. I will give the khutbah today. We will start at 1.20pm’, brother Syami replied.

Ya Allah! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tiada lafaz lain yang mampu saya ucapkan saat itu. Di saat-saat genting itu, pertolongan dari Nya tiba. Lansung tidak saya sangka Bro Syami sudi menawarkan diri menjadi khatib, sedangkan solat Jumaat sudah sangat hampir. Terasa kerdil sungguh diri ini di sisiNya. La hawla wala quwwata illa billah..

Langsung saya delete pesanan yang hampir saya ‘send’ dan menulis pesanan baru;

‘Salam. Friday prayer is as usual today in KB. Bro Syami volunteers to give the khutbah. We will start at 1.20 pm inshaallah’. Regards, Mujahid.

‘And whoever fears Allah – He will make for him a way out. And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah – then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent’.

(Surah at-Talaq 65: 2-3)

Posted in Akhlak | Leave a comment

Sedeqah Itu Apa Ya?

The Prophet Muhammad (peace be upon him) said:

“Charity is prescribed for each descendant of Adam every day the sun rises.”

He was then asked: “From what do we give charity every day?”

The Prophet answered: “The doors of goodness are many…enjoining good, forbidding evil, removing harm from the road, listening to the deaf, leading the blind, guiding one to the object of his need, hurrying with the strength of one’s legs to one in sorrow who is asking for help, and supporting the feeble with the strength of one’s arms–all of these are charity prescribed for you.”He also said: “Your smile for your brother is charity.”

Fiqh-us-Sunnah, Volume 3, Number 98

Posted in Akhlak | Leave a comment

Lecrin Valley: A lesson of mercy

Lecrin Valley memang sungguh mempesonakan. Lembah yang terkenal dengan buah oren dan lemon.  Hanya 30 minit ke arah selatan dari the famous city of Granada. Ini hari ke-6 kami di bumi Andalusia, Sepanyol. Sengaja berhenti di sini untuk menikmati pemandangan gunung-gunung, tasik dan lembah seluas mata memandang.  Memang mengujakan melihat buah limau dan lemon yang tak terkira banyaknya.

Lecrin Valley, Granada. Haruman lemons dan oranges menjadi natural fragrance di sini. Oh di belakang kami adalah ladang olive,atau zaitun.

Kiri pokok oren, kanan pokok lemon. Berbondong-bondong buahnya

Sedang sibuk bergambar, tiba-tiba saya ternampak seekor anjing datang ke arah kami. Kurus sekali badannya. Ia duduk diam menunggu, dengan wajah mengharap sedikit belas kasihan. Pasti ia sedang kelaparan yang amat.

Mulanya saya tidak menghiraukan kehadiran anjing tersebut. Kami semua leka berposing mengambil gambar sambil menghirup udara segar. Lama kemudian, saya lihat anjing kurus itu masih diam menunggu di tempat yang sama. Tidak berganjak. Dengan wajah yang penuh mengharap.

‘Ya Allah, apa keras benar hatiku untuk tidak berasa ihsan dengan makhlukMu ini’, bisik hati kecil saya.

Teringat saya sepotong hadith yang pernah saya belajar sebelum ini.

لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ

“Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind.”

 [Sahih Bukhari, Volume 9, Book 93, Number 473]

‘Karim, pinjam kunci kereta kejap’.

Langsung saya melangkah laju ke arah kereta. Anjing itu pantas mengikut saya, seakan faham tujuan saya.

Muffin! Mujur masih ada berbaki muffin yang baru kami beli di pasaraya Lidl sebelum bertolak tadi. Saya hulurkan kek muffin tersebut kepadanya. Sekali telan saja dimakan dek anjing itu. Lahap, tanpa perlu dikunyah. Memang lapar betul si anjing tak bertuan ni. Langsung ia memandang tepat ke wajah saya setelah muffin itu dimakannya. Dengan wajah yang penuh mengharap.

Saya campakkan sebiji lagi muffin.

Lagi sebiji.

Lagi. Lagi dan lagi.

Habis kesemua enam muffin yang ada di tangan saya diberikan kepada anjing malang tersebut.

Dan dia masih memandang saya dengan penuh mengharap. I wish I could have given more to the poor dog, but I terribly sorry, there was nothing more left to give.

Tidak berapa lama kemudian, kami mula bergerak meninggalkan Lecrin Valley untuk ke Nerja. Dari sebalik cermin belakang kereta, saya lihat anjing tersebut berdiri di atas dua kakinya, sedang minum air dari sebuah fountain tidak jauh dari tempat saya memberinya makan. Mungkin cuba membasahkan tekaknya setelah lahap memakan 6 biji muffin hehe.

Alhamdulillah, rasa tenang sangat hati selepas tu. I don’t know how I should describe my feeling. Rasa seronok sangat. Bahagia. Yes, it really made my day.

Ya Allah, redhakanlah amalku yang tidak seberapa ini, moga ia menjadi penyebab untukku ke syurgaMu. Thank you Allah for your tarbiyah..

Narrated Abu Huraira, Allah’s Apostle said,

“A prostitute was forgiven by Allah, because, passing by a panting dog near a well and seeing that the dog was about to die of thirst, she took off her shoe, and tying it with her head-cover she drew out some water for it. So, Allah forgave her because of that.”

[Sahih Bukhari, Volume 4, Book 54, Number 538]

Posted in Akhlak | Leave a comment

Ms. Judith & The Trustworthiness Lesson

Hello,

I presume when you got my out of office message you contacted someone else regarding this issue. However I would appreciate it if you would just let me know what has happened as I wouldn’t want it to go unattended to.

Regards,

Judith, Chaplaincy Receptionist

Terkejut saya membaca email Ms. Judith si manager Chaplaincy university. Tak di sangka begitu bertanggungjawab sekali orangnya. Berintegriti bak kata orang zaman sekarang.

Di university tempat saya belajar, saya dipertanggungajawabkan sebagai KB Officer, mewakili Islamic Society untuk menjaga hal ehwal Muslims Prayer Room di Kings’ Buildings campus.

Tugas saya mudah cerita, jaga kebajikan muslims students di KB. Saya perlu mencari orang untuk sampaikan khutbah Jumaat, hantar email ke mailing list, dan make sure chaplaincy sentiasa dalam keadaan baik. Kalau ada masalah blackout ke, atap bocor ke,  saya akan terus maklumkan kepada Ms. Judith. I never once met her, we only communicate by means of emails.

Chaplaincy di Kings' Building Campus, Uni. of Edinburgh

Ruang solat Muslim

So 3 minggu sebelum saya dapat balasan email di atas, I’ve sent an email to her regarding a toilet problem in the KB prayer room. Tak lama kemudian, ini reply yang saya terima:

‘The Chaplaincy Centre is now closed for spring holiday.  We will re-open at 9.30am on Monday 18 April.  If you need to speak with a Chaplain on an urgent matter please call Security on 0131 650 2257 and they may be able to help’.  Thank you. Judith

Ah, saya terlupa spring break sudah bermula. Mesej yang direplynya adalah auto- generated. I should have reported it much much earlier. Tu la, duk tangguh-tangguh nak report huhu.

Prophet Muhammad, peace be upon him, once stated; “Good health and spare time are two of the blessings of Allah with respect to which many people are deceived”   (Al-Bukhari)

Langsung saya google kepada siapa saya harus merujuk masalah ini. Memang selama ini, saya hanya communicate dengan Ms. Judith sahaja segala urusan berkaitan chaplaincy. Alhamdulillah, akhirnya saya terjumpa satu link email university, ISHelpline yang bertanggungjawab menguruskan masalah-masalah teknikal. Terus saja saya maklumkan segala details masalah toilet di KB.

2 hari kemudian, thank God masalah toilet tu sudah selesai. Memang begitu budaya kerja di sini. Servis mereka sangat bagus. They take every complaint and report very seriously. Ada sekali tu, prayer room blackout. Pagi saya email, tengahari 2 orang technicians sudah siap membaikinya. Kurang birokrasi namanya.

Monday, 18 April 2011. The first working day after spring holiday. That was when I received the email in the beginning of this post. Sungguh saya agak tergamam membacanya. Terharu. Malu. Malu dengan diri saya sendiri.

Ms. Judith menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan sebaik mungkin. Sekecil-kecil perkara pun tidak dilepas pandang. Ms. Judith itu lebih Islam akhlaknya dari saya. Lebih mulia sifatnya dari kebanyakan kita semua. Benarlah kata Sheikh Muhammad Abduh, seorang ulama Islam yang hebat;

‘I went to the west and saw Islam, but no Muslims; I got back to the East and saw Muslims, but not Islam’

Thank you Ms. Judith for teaching me this important lesson. How I wish we Muslims behave just like you. Just like you.

“Those who are faithfully true to their amanah (all the duties which God has ordained, honesty, moral responsibility and trusts, etc.) and to their covenants…these indeed are the inheritors.  Who shall inherit Paradise.  And dwell therein forever”    (Quran 23:8, 23:10-11)

Posted in Teladan Tarbiyyah | Leave a comment

A Ten Pence Honesty Test

Eighty pee, one pound, one pound ten pee.

£1.10. Adus, tak cukup 10 pence ni. Wallet Polo kaler brown saya belek-belek lagi. Sah, memang itu saja coin yang saya ada. Dan sekeping note £10. Saya perlukan £1.20 buat tambang bas hendak ke Kings’ Building. Di Edinburgh, tambang bas awamnya operate on an exact fare basis, no change given. £1.20 sehala dan £3 untuk all day ticket.

Sebuah bas Lothian di Edinburgh

Oh dan basnya tiada kelindan yang bertugas mengutip tambang seperti di Malaysia. Masuk ke dalam bas, terus sahaja masukkan syiling ke dalam kotak di sebelah tempat driver sambil berkata, ‘Single please‘ atau ‘Day ticket please‘.  Tiket bas kemudiaannya akan di print oleh pakcik driver.

Ya, begitu sahaja. Bus driver tidak akan tahu jika anda menipunya dengan hanya meletakkan syiling 80 pence ke dalam money box tersebut untuk single ticket. Ia bukanlah digital money box, hanya sekadar kotak biasa. The bus company puts complete trust on their respected customers. That’s what their business based on. Faith & trust. 

Bas Lothian 42 masih belum tiba.

Saya masih berkira-kira sama ada mahu naik sahaja bas dan menipu drivernya dengan hanya membayar £1.10, atau mahu pergi ke kedai berdekatan untuk menukar wang £10 saya. Bisikan jahat hati saya mendesak untuk memilih option pertama.

’10 pee je pun. Rilek ar weh. Sekali ni je’.

Tanpa saya sedari, bas no 42 sudah berada betul-betul di hadapan saya. Berbelah bahagi saya dibuatnya. Nak naik ke tak ni? Naik ke tak?

Saya terus saja melangkah masuk ke dalam bas, kerana bas seterusnya hanya akan datang dalam setengah jam, memandangkan hari itu hari Sabtu. Spontan saya berkata kepada pakcik driver;

‘I am really sorry, but I only have £1.10 change, and a £10 note’.

‘It is alright, get on please,’ balas pakcik driver sambil tersenyum.

Subhanallah. Allahuakhbar. Allah Maha Kuasa. Bergetar hati saya memuji Allah tika saya memasukkan syiling ke dalam money box. Benarlah kata ar Rasul,

‘Say the truth, even if bitter’. (Imam Ahmad)

Astaghfirullah al-azim, saya harap saya lulus ujian kejujuran ini. Tarbiyah dari Allah untuk diri saya.

Abdullah b. Mas’ud reported Allah’s Messenger (may peace be upon him) as saying:

‘Telling of truth is a virtue and virtue leads to Paradise and the servant who endeavours to tell the truth is recorded as truthful, and lie is obscenity and obscenity leads to Hell-Fire, and the servant who endeavours to tell a lie is recorded as a liar’.

p/s: Tambang bas Lothian dinaikkan kepada £1.30 dan £3.20 for single and day ticket, respectively starting on 1 April 2011. Huhu

Posted in Akhlak | Leave a comment