Shafiq Zuki

Malam semalam, Shafiq Confident sahabat baik saya datang bermalam di rumah saya. Lama saya tidak berjumpa dengannya, walaupun dia tinggal tidak jauh, di Heriot Watt. Macam-macam buah tangan dia bawak mai; nasi briyani Kebab Mahal, lamb curry, buah anggur and plum. Walaupun saya sudah makan malam sebelumnya, tapi apakan daya. Siapa boleh tahan tengok briyani Kebab Mahal? Hehe

Banyak yang kami borakkan, sementara menunggu hendak berjemaah Subuh di Central Mosque pada jam 1.30 pagi. Ye, subuh 1.30 pagi. Sekarang sudah hampir masuk musim panas, siangnya panjang sekali. Maghrib pula jam 9.00 pm. Keluar sahaja dari rumah, baru kami perasan hujan agak lebat di luar. Terus saja kami redah, basah kuyup dibuatnya haha

Bersama Shafiq Confident yang belajar di Heriot Watt University

Selesai solat, balik dan terus sahaja tidur. Malam semalam agak panas, meskipun hujan di luar. 

Alhamdulillah buku yang saya tempah di Amazon sudah tiba pagi tadi. The Great War for Civilisation, by Robert Fisk. Tak sabar nak habiskan baca selepas exam!

Magnum opus from Robert Fisk

 

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment