The Unexpected Khatib: A Lesson of Tawakkal

Khamis, 18 Mac 2011

‘Salam, how are you bro Mujahid? I’m really sorry, I cannot give the khutbah tomorrow. I’ve got some work to do’.

Gelabah saya membaca text dari Bro Mukhtiar pada tengahari Khamis itu. Bro Mukhtiar ni sering menyampaikan khutbah Jumaat di Kings’ Buildings, tempat saya menuntut ilmu.

Orangnya sangat berhati mulia, berasal dari Pakistan. He is doing PhD in Islamic Studies. Jika saya tidak salah, PhD dalam ilmu Tafsir Quran. Malah, dalam siri khutbahnya di KB, beliau sering menghuraikan tafsir Quran. Masih teringat saya keindahan tafsir Surah al Hujurat yang disampaikannya.

Memang menjadi tugas saya sebagai KB Officer untuk memastikan Solat Jumaat berjalan lancar. Saya perlu mencari khatib dan menghantar Friday prayer reminder ke mailing list Muslim students di KB.

Langsung saya menulis email, bertanyakan sesiapa yang sudi volunteer untuk mengambil tugas Bro Mukhtiar pada esok hari. Saya hanya berdoa dengan seribu harapan, hoping somebody would reply my email. Saya tahu, peluang agak tipis sebab agak last minute, but why not? No harm trying anyway. Saya hanya mampu bertawakkal kepada Allah.

Kemudian, saya hantar pesanan SMS kepada beberapa brothers yang saya kenali, bertanyakan hal yang sama. Adus, negatif jawapan kesemuanya. Saya agak hampa, namun saya faham dengan keadaan mereka yang masing-masing busy dengan urusan universiti. Tambahan pula terlalu short notice permintaan saya.

Sebenarnya, jika saya tidak ke Essex untuk Spring Camp pada keesokan harinya, inshaallah saya tidak keberatan untuk menggantikan Bro Mukhtiar. Alhamdulillah, sebelum ini sudah 3 kali saya berkhutbah di KB. Mula-mula tu memang agak terabur dan cuak, tapi Alhamdulillah Allah tolong dan permudahkan.

Tidak putus asa, saya hantar personal email memohon pertolongan dari brothers yang pernah sekali dua menyampaikan khutbah di KB, lantaran saya tidak memiliki nombor mobile mereka. Tiga emel saya hantar, namun satu pun tidak berbalas.  Mati akal saya dibuatnya.

Ya Allah, rabbi yassir wala tu’assir. Kau permudahkan ya Allah urusan hambaMu yang lemah ini..

Jumaat, 18 Mac 2011.

Inbox Yahoomail. Kosong. Tiada reply yang saya harap-harapkan. Gundah-gulana hati saya. Otak saya terus risau memikirkan siapa yang dapat membantu. Saya akan ke Essex jam 12 tengahari ni. Sekarang sudah jam 11 pagi. Ya Allah, apa patutku buat?

‘I’m terribly sorry but there will be no Friday prayer today in KB. I hope all of you could perform your prayer at the Central Mosque’

Itu pilihan terakhir saya. Hantar pesanan tersebut kepada para jemaah di KB. Biasanya ada lebih kurang 15-20 orang jemaah di KB. Ertinya, mereka perlu naiki bas atau berjalan kaki 30 min ke central area untuk solat jumaat. Lebih baik jika saya maklumkan saja kepada mereka daripada mereka duduk tercongok menunggu si khatib yang memang tiada. Unless one of them willingly to stand up and give the sermon. Saya masih berkira-kira sama ada hendak menekan butang ‘send’ atau tidak.

Trutt..trutt

Handphone saya berbunyi. Brother Syami Saudi.

Ya Allah, langsung tidak terlintas di hati saya sebelum ini untuk memohon pertolongannya. Bro Syami ni sering juga menjadi khatib ketika saya first year dulu. Saya agak rapat dengannya, malah pernah sekali dia bertandang ke rumah saya.

‘Assalamualaikum Bro Mujahid, how are you? Will there be Jumuah prayer today in KB?’

‘Waalaikumussalam. Alhamdulillah ana bi khair. Well, I wish we could, but I still could not find someone to give the khutbah’’

………..

‘Em, it is alright. I will do it inshaallah. I will give the khutbah today. We will start at 1.20pm’, brother Syami replied.

Ya Allah! Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tiada lafaz lain yang mampu saya ucapkan saat itu. Di saat-saat genting itu, pertolongan dari Nya tiba. Lansung tidak saya sangka Bro Syami sudi menawarkan diri menjadi khatib, sedangkan solat Jumaat sudah sangat hampir. Terasa kerdil sungguh diri ini di sisiNya. La hawla wala quwwata illa billah..

Langsung saya delete pesanan yang hampir saya ‘send’ dan menulis pesanan baru;

‘Salam. Friday prayer is as usual today in KB. Bro Syami volunteers to give the khutbah. We will start at 1.20 pm inshaallah’. Regards, Mujahid.

‘And whoever fears Allah – He will make for him a way out. And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah – then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent’.

(Surah at-Talaq 65: 2-3)

This entry was posted in Akhlak. Bookmark the permalink.

Leave a comment