A Ten Pence Honesty Test

Eighty pee, one pound, one pound ten pee.

£1.10. Adus, tak cukup 10 pence ni. Wallet Polo kaler brown saya belek-belek lagi. Sah, memang itu saja coin yang saya ada. Dan sekeping note £10. Saya perlukan £1.20 buat tambang bas hendak ke Kings’ Building. Di Edinburgh, tambang bas awamnya operate on an exact fare basis, no change given. £1.20 sehala dan £3 untuk all day ticket.

Sebuah bas Lothian di Edinburgh

Oh dan basnya tiada kelindan yang bertugas mengutip tambang seperti di Malaysia. Masuk ke dalam bas, terus sahaja masukkan syiling ke dalam kotak di sebelah tempat driver sambil berkata, ‘Single please‘ atau ‘Day ticket please‘.  Tiket bas kemudiaannya akan di print oleh pakcik driver.

Ya, begitu sahaja. Bus driver tidak akan tahu jika anda menipunya dengan hanya meletakkan syiling 80 pence ke dalam money box tersebut untuk single ticket. Ia bukanlah digital money box, hanya sekadar kotak biasa. The bus company puts complete trust on their respected customers. That’s what their business based on. Faith & trust. 

Bas Lothian 42 masih belum tiba.

Saya masih berkira-kira sama ada mahu naik sahaja bas dan menipu drivernya dengan hanya membayar £1.10, atau mahu pergi ke kedai berdekatan untuk menukar wang £10 saya. Bisikan jahat hati saya mendesak untuk memilih option pertama.

’10 pee je pun. Rilek ar weh. Sekali ni je’.

Tanpa saya sedari, bas no 42 sudah berada betul-betul di hadapan saya. Berbelah bahagi saya dibuatnya. Nak naik ke tak ni? Naik ke tak?

Saya terus saja melangkah masuk ke dalam bas, kerana bas seterusnya hanya akan datang dalam setengah jam, memandangkan hari itu hari Sabtu. Spontan saya berkata kepada pakcik driver;

‘I am really sorry, but I only have £1.10 change, and a £10 note’.

‘It is alright, get on please,’ balas pakcik driver sambil tersenyum.

Subhanallah. Allahuakhbar. Allah Maha Kuasa. Bergetar hati saya memuji Allah tika saya memasukkan syiling ke dalam money box. Benarlah kata ar Rasul,

‘Say the truth, even if bitter’. (Imam Ahmad)

Astaghfirullah al-azim, saya harap saya lulus ujian kejujuran ini. Tarbiyah dari Allah untuk diri saya.

Abdullah b. Mas’ud reported Allah’s Messenger (may peace be upon him) as saying:

‘Telling of truth is a virtue and virtue leads to Paradise and the servant who endeavours to tell the truth is recorded as truthful, and lie is obscenity and obscenity leads to Hell-Fire, and the servant who endeavours to tell a lie is recorded as a liar’.

p/s: Tambang bas Lothian dinaikkan kepada £1.30 dan £3.20 for single and day ticket, respectively starting on 1 April 2011. Huhu

This entry was posted in Akhlak. Bookmark the permalink.

Leave a comment