Gumpalan Keikhlasan Sang Ikhwah

Ah, ke mana pula perginya Railcard ni?

Baru saya perasan yang Railcard saya tiada dalam wallet. Puas saya memunggah isi wallet dan rucksack, namun kad tersebut tidak kelihatan jua. Berpeluh saya dibuatnya. Kad itu penting sebab ia akan diperiksa di atas train. Di UK, Railcard ini suatu kemestian kepada mereka yang selalu travel by train, ia memberikan potongan harga tiket sebanyak 33%. So kalau beli tiket dengan Railcard,  Railcard tu perlu disertakan sekali bersama tiket untuk pemeriksaan.

Railcard saya di UK

Tika itu, saya di dalam train dari Hoakley menuju ke Liverpool Street, London bersama beberapa orang ikhwah dari London dan Birmingham. Saya perlu berkejar ke London untuk menaiki train pulang ke Edinburgh setelah 3 hari ber ‘Spring Camp’ di Belchamps Scout Centre, Essex.

Saya manfaatkan satu jam perjalanan ke London dengan berbual dengan sahabat baik saya Ashraf yang menuntut di Warwick. Panjang lebar kami berborak, and mostly about his recent Euro trip yang sangat epik haha..Langsung mengubat kerisauan hati saya memikirkan Railcard yang hilang entah ke mana.

Setibanya di Liverpool Street Station, seorang ikhwah menyapa saya,

”Railcard ko hilang ke? Habis macam mana? ”

Saya membalas sambil tersenyum, ”Rasanya tertinggal di Edinburgh kot, takpelah boleh buat baru nanti”

Andainya di dalam train ke Edinburgh saya diperiksa tidak mempunyai Railcard bersama tiket saya, pasti saya akan dikenakan charge paling kurang £90 untuk bayaran tiket baru. Pilihan kedua, saya perlu buat Railcard baru dengan kos £26 sebelum onboard train London – Edinburgh. Adus, terbang £26 saya.. Saya hanya mampu bersabar, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Saya dan Shafiq menuju ke King’s Cross, ikhwah-ikhwah Birmingham ingin ke Euston Station. Dari Liverpool Street Station, kami semua menaiki Tube yang sama. Saya memilih untuk berdiri di dalam gerabak memandangkan jarak yang agak dekat untuk ke King’s Cross. Ikhwah yang bertanyakan tentang Railcard saya yang hilang berdiri di hadapan saya.

Ketika tiba di station Moorgate, ikhwah-ikhwah Birm turun kerana mereka perlu menukar ke aliran Tube Northern untuk ke station Euston.  Saya sudah mula menghulurkan salam perpisahan kepada ikhwah yang berdiri di hadapan saya ketika dia tiba – tiba tunduk ke lantai mahu mengutip sesuatu.

Gumpalan kecil berwarna putih. Saya kira pasti ianya sampah yang terjatuh dari genggamannya. Ikhwah tersebut kemudiaannya menghulurkan salam kepada saya bersama gumpalan ‘sampah’ di tangannya.

”Oh, mungkin dia nak saya tolong buangkan di tong sampah”, bisik hati kecil saya.

”Ambillah ni, buat bayar Railcard nanti”, ringkas sahaja kata ikhwah tersebut sebelum dia melangkah keluar dari gerabak.

Bingung saya dibuatnya. Pintu tube sudah tertutup rapat. Tidak sempat saya berbuat apa-apa. Saya hanya mampu memandangnya dari jauh di sebalik glass window tube yang bergerak laju.

Gumpalan kertas putih yang berada di tangan, saya buka perlahan-lahan.

£20. Wang kertas £20 yang berkeronyok.

Gumpalan kertas yang saya sangkakan ‘sampah’ sebenarnya adalah gumpalan wang yang di sedeqahkan oleh ikhwah tersebut kepada saya. Saya langsung speechless. Subhanallah. Astaghfirullah..

Sebak tiba-tiba di dada saya menyaksikan keikhlasan dan kemuliaan hati si ikhwah. Kami bukanlah sahabat kamcing. Malah dia juga 2 tahun lebih tua dari saya. Cumanya, kami sering bertemu dalam beberapa program di serata UK. £20 bukanlah kecil jumlahnya. Boleh di buat untuk belanja makan lunch selama lebih seminggu.

Sepanjang perjalanan pulang ke Edinburgh, saya terus memikirkan tentang peristiwa di dalam tube tersebut. Terima kasih sahabatku atas keikhlasanmu, Allah saja yang mampu membalas kebaikanmu..

Thank you Allah, for your tarbiyyah..

On the authority of Abu Hurairah that the Prophet said:

”Whosoever relieves from a believer some grief pertaining to this world, Allah will relieve from him some grief pertaining to the Hereafter. Whosoever alleviates the difficulties of a needy person who cannot pay his debt, Allah will alleviate his difficulties in both this world and the Hereafter. Whosoever conceals the faults of a Muslim, Allah will conceal his faults in this world and the Hereafter. Allah will aid a servant (of His) so long as the servant aids his brother”.     (Muslim)

Posted in Teladan Tarbiyyah | Leave a comment

Mana ‘Perfume’ Saya?

Zohor semalam, seperti biasa saya ke masjid bagi menunaikan kewajipan. Edinburgh Central Mosque hanyalah 4 minit berjalan kaki dari flat saya di Bristo Place. Brother Imran, pengawal masjid dari Pakistan tersenyum lebar tika saya menuturkan salam kepadanya.

Edinburgh Central Mosque

Iqamah sedang dilaungkan tatkala saya melangkah masuk ke masjid. Saya bergegas mencari ruang di saf pertama. Ketika solat zohor dan asar, biasanya hanya satu setengah saf dipenuhi oleh para jemaah di sini. Tika saya menyelit berdiri di saf pertama, suatu aroma yang harum menusuk ke dalam hidung. Sungguh, wangi sekali baunya.

Haruman itu saya kesan datang dari pakcik yang berdiri di sebelah saya, Brother Umar. Bro Umar ni sering menjadi imam andainya Sheikh Usamah si Imam masjid ada urusan lain. Minyak wangi yang dipakainya sangat best baunya, tidak terlalu kuat atau tajam baunya; just nice. Pasti sekali dia memakainya khusus untuk bersolat.

Solat Zohor saya tunaikan dengan perasaan yang tenang, bahagia dengan kehadiran haruman dari Brother Umar. Tika saya memberi salam pertama di dalam solat, sempat saya menarik nafas cuba menghidu aromanya..haha

It was just a small act by bro Umar, but it affects me so much.

Sebab dalam satu insiden sebelum ni, di masjid yang sama, I have encountered the exact opposite situation. Just imagine, saya terpaksa cuba menahan nafas ketika sedang solat untuk mengelakkan bau yang sangat ‘tengik’ (baca: kepam) yang datang dari lelaki di sebelah saya.

Memang tak boleh nak fokus langsung. Dalam suasana yang mendesak, saya tarik nafas panjang-panjang, mmmmmmpppppppppppppppppph, taaahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan & lepaaaaaaaaaaaaas.

Begitulah hingga ke akhir solat. Bunyi macam over kan? Sungguh, saya tak tipu!

Sekarang baru saya faham kenapa Nabi pesan jangan pergi ke masjid straight away after makan garlic @ bawang putih.

Abu Huraira reported that the Messenger of Allah (may peace be upon him) said:

”He who eats of this plant (garlic) should not approach our mosque and should not harm us with the odour of garlic”.

Hehe saya suka garlic sebenarnya. Jika di rumah, Mak saya selalu letakkan beberapa ulas garlic ke dalam nasi yang dimasak dalam rice cooker.

‘Garlic ni bagus ni untuk antioksida’, kata Mak saya.

Sebenarnya mak saya x sebut garlic, dia sebut ‘bawang putih’. Hihi

Rupa-rupanya faktor bau ni bukan faktor yang kecil ya dalam hidup seorang Muslim. Ia menentukan khusyuk tidak solat kita. Our mood. Our behaviour. Perception orang terhadap kita. Just look how particular our religion is even in this matter. Sungguh Islam ini bukan sekadar agama ritual, ianya ad-Deen. Our way of life.

Abdullah ibn Mas’ud reported that the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, said,

“No one who has an atom’s weight of pride in his heart will enter the Garden.” A man said, “And if the man likes his clothes to be good and his sandals to be good?” He said, “Allah is Beautiful and loves beauty. Pride means to renounce the truth and abase people.”   [Muslim]

The Body Shop. Huile de Parfum.

Itu hadiah minyak wangi dari abang saya, Abang Faiz sebelum saya berangkat ke Edinburgh 2 tahun lepas. Masih separuh berisi. Hehe

Azam saya, mulai hari ini saya mahu jumpa Pencipta saya dalam keadaan yang paling sempurna. Paling wangi. Paling best. Saya nak jadi seperti sahabat baik saya dari Southampton yang sentiasa lekat bau perfume ‘Strawberry’ di badannya. Doakan saya istiqamah inshaallah.

Bristo Place, Edinburgh.

Posted in Akhlak | Leave a comment